Thursday, January 23, 2014

Lawatan Nazir SBT

Selama dua hari berturut-turut bermula hari ini hingga esok 24 Januari 2014, seramai 5 orang pegawai daripada Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan P. Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seb. Perai Utara telah berkampung di SK Bertam Indah. Kedatangan mereka selama 2 hari ini merupakan lawatan bimbingan dan keperluan tugas sebagai sebuah badan yang memantau perkembangan dan perjalanan sesebuah sekolah yang bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi.

Antara agenda yang berlangsung adalah perjumpaan bersama semua ketua panitia teras dan barisan pentadbir, interview bersama beberapa orang guru dan staf dan diakhiri dengan taklimat kepada para guru. Difahamkan selepas ini terdapat beberapa lagi siri pertemuan yang telah diatur dari semasa ke semasa.

Adalah diharapkan pertemuan dan perbincangan yang berjalan untuk kali ini dan pada masa-masa yang akan datang boleh memberi impak yang positif ke arah kecemerlangan murid-murid dan pendidikan di sekolah.





0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons