Tuesday, September 15, 2015

Merdeka!....Merdeka!.....Merdeka!


PROGRAM

 "SEHATI SEJIWA SKBI UNTUKMU MALAYSIA"
ini merupakan salah satu program yang buat julung kalinya diadakan sempena menyambut Kemerdekaan yang ke 58 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2015. Adalah menjadi kewajipan kepada pihak sekolah dan PIBG dengan kerjasama pelbagai pihak dan lapisan organisasi untuk memberi kesedaran dan melahirkan para pelajar yang mempunyai semangat kemerdekaan di dalam diri mereka. Diharap program ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar dan waris serta masyarakat setempat tentang pentingnya rasa syukur betapa nikmat kemerdekaan yang kita rasai sekarang adalah anugerah daripada Yang Maha Esa serta lahir daripada jerit perit para pemimpin yang terdahulu. .

MISI PROGRAM

1.  Menghayati semangat kemerdekaan dan melahirkan  perasaan cintakan tanah air  
     Malaysia  di dalam  diri  setiap pelajar.

2. Menzahirkan semangat kemerdekaan kepada masyarakat setempat agar nikmat kemerrdekaan ini dapat  dikongsi bersama.

3. Meningkatkan kerjasama di antara warga SKBI dan PIBG

4. Memberi kesedaran kepada para waris dan murid tentang kepentingan menghayati  erti

    Kemerdekaan dan  saling  berkorban untuk  bangsa , agama dan Negara Malaysia yang 



Banner sebesar 50x20 kaki ini adalah hasil sumbangan dan kerjasama daripada PIBG,  para waris dan murid-murid SK Bertam Indah


Perarakan masuk Banner Hari Malaysia #SehatiSejiwa oleh Pasukan Unit Beruniform 


Hormat

Barisan Guru Penasihat Unit Beruniform dan Ahli Pengakap
Dari kiri Cikgu Mohammad (TKRS), Ustazah Hasnah (PPIM), En.Mior Darul Ridzuan (PKKK), 

Pelancaran Jalur Gemilang menggunakan roket air,. Tahniah untuk Kelab Sains.

Payung yang berhias cantik 

Basikal yang dihias oleh peserta 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons