Saturday, August 15, 2015

Pasukan Taekwondo SKBI Merentas Udara ke Vietnam

Aksi mantap daripada Ezzra

Siap sedia menerima tendangan padu daripada Danisha



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
 6 Ogos hingga 10 Ogos 2015, Pasukan Taekwondo yang terdiri daripada 5orang peserta bersama Pn.Salmi Nordin selaku Guru Penasihat dan Jurulatih Taekwondo En.Sabib telah mengorak langkah ke Vietnam untuk Pertandingan Taekwondo Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Ho Chi Minh Vietnam.
 
Sebanyak 2 pingat GANGSA telah berjaya di bawa pulang ke SK Bertam Indah.
TAHNIAH kepada EZZRA  dan DANISHA di atas kejayaan yg diperolehi.
Anda telah Berjaya mengharumkan nama SK Bertam Indah selaku wakil Malaysia ke pentas Taekwondo Peringkat Antarabangsa.
 
Kepada peserta yang tidak Berjaya, sesungguhnya ini adalah sebuah pengalaman yang bermakna dan manis untuk dikenang. Usaha lagi untuk lebih Berjaya pada masa akan datang.
 
 
 
Para peserta bergambar bersama Aizal Abdul Rashid (baju merah) dari Firsha Travel Group's. Terima Kasih saudara Aizal kerana memberi perkhidmatan yang cemerlang dan lancar sepanjang berada di Vietnam



Bergambar bersama Thai Nguyen (baju putih) pemandu pelancong/pemudahcara sepanjang para peserta menjadi tetamu Negara Vietnam

Bersama Jurulatih Taekwondo En.Sabib








Danisha (berbaju biru) bersama pingat GANGSA yang Berjaya diperolehinya

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons