Wednesday, September 16, 2015

Merdeka....SKBI#SehatiSejiwa

PROGRAM "SEHATI SEJIWA SKBI UNTUKMU MALAYSIA"
Tarikh: 15 September 2015
Hari   : Selasa
Tempat : Padang SKBI
Acara yang dipertandingkan:
1. Mewarna tahap 1
2. Pakaian beragam
3. Payung Merdeka
4. Basikal berhias
Alhamdulillah...selesai sudah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Program #SehatiSejiwa SKBI UntukMu Malaysia. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Pada perancangan awalnya anak-anak SKBI bersama para guru akan berarak membawa bendera dan berpakaian beragam bertemakan Hari Kemerdekaan. Ada yang berpayung dan ada yang berbasikal.  Cuaca yang berjerebu serta hujan yang turun dengan lebatnya tidak menjadi penghalang untuk SKBI meneruskan Program. Majlis tetap berjalan dengan meriah dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anak-anak SKBI yang mengambil acara.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada En.Ismail b. Awang , Guru Besar SKBI. Diikuti dengan ucapan YDP PIBG YB Shariful b Hj Othman. Seterusnya majlis dirasmikan oleh wakil Timbalan PPD Daerah Seberang Perai Utara iaitu En.Ismail. Majlis diserikan dengan 4 ekor burung yang dilepaskan sebagai Gimik perasmian.
Terima kasih kepada semua Warga SKBI yang bertungkus lumus menjayakan Program #SehatiSejiwa SKBI untukmu Malaysia. Tidak lupa juga kepada para ibu bapa dan PIBG yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Tanpa sokongan daripada PIBG pastinya majlis tidak dapat berjalan dengan sempurna.
Burung dilepaskan sebagai simbolik kemerdekaan
Sentuhan Kreatif Cikgu Norain. Digayakan oleh Ain NurQistina Bt Marzuki
Mak ooii...Besaqnya bunga..

Antara pakaian beragam yang digayakan oleh murid-murid lelaki. 

Pakaian Beragam yang digayakan oleh murid-murid perempuan


Payung Merdeka

Banner 50x20 kaki sumbangan PIBG dan murid-murid SKBI



Hasil sentuhan khas daripada Cikgu Norsiah


Pertandingan Mewarna


Pasukan Koir Sekolah

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam pakaian berhias

Juri Pertandingan Nyanyian Merdeka






Bersama sebahagian daripada hasil karya anak-anak Merdeka SKBI . Payung Merdeka dan Basikal Berhias
Dari kiri: En.Mior Darul Ridzuan (PKKK), En.Ismail(wakil PPPDU), En.Ismail (Guru Besar SKBI) dan YB Shariful Azhar(YDP PIBG SKBI)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons