Monday, January 27, 2014

ETOS SKBI


Thursday, January 23, 2014

CONTOH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM

PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PANDU PUTERI TUNAS

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PASUKAN PENGAKAP

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Lawatan Nazir SBT

Selama dua hari berturut-turut bermula hari ini hingga esok 24 Januari 2014, seramai 5 orang pegawai daripada Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan P. Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seb. Perai Utara telah berkampung di SK Bertam Indah. Kedatangan mereka selama 2 hari ini merupakan lawatan bimbingan dan keperluan tugas sebagai sebuah badan yang memantau perkembangan dan perjalanan sesebuah sekolah yang bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi.

Antara agenda yang berlangsung adalah perjumpaan bersama semua ketua panitia teras dan barisan pentadbir, interview bersama beberapa orang guru dan staf dan diakhiri dengan taklimat kepada para guru. Difahamkan selepas ini terdapat beberapa lagi siri pertemuan yang telah diatur dari semasa ke semasa.

Adalah diharapkan pertemuan dan perbincangan yang berjalan untuk kali ini dan pada masa-masa yang akan datang boleh memberi impak yang positif ke arah kecemerlangan murid-murid dan pendidikan di sekolah.





Monday, January 20, 2014

Hari Kemuncak Apresiasi Kokurikulum dan Ceriathon PIBG






 
JAM
 
 
TENTATIF PROGRAM
7.00 – 8.00 am
Pendaftaran peserta Kokurikulum
8.00 – 8.30 am
Senamrobik 1M1S
8.30 – 10.00 am
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa oleh Ustaz Aswad b. Ahmad
Ucapan Aluan Guru Besar SKBI
Ucapan Aluan En.Tahir wakil dari PIBG
Ucapan Perasmian oleh YB Dato’Reezal Merican bin Naina Merican
Gimik Perasmian oleh Paraglider (tidak dapat dijalankan kerana masalah padang basah. Paraglider datang pada jam 12.00 pm)
 
10.00 – 10.15 am
Persembahan murid di bawah pimpinan Pn.Maslinda bt Mat Isa
10.20 – 10-15 am
Anugerah Tokoh Kokurikulum
Tokoh Lelaki          : Mohd Izzul Naim bin Zulkhairi
Tokoh Perempuan : Nur Afiqah bt Abd Latiff
10.30 – 12.15 pm
Acara sukan rakyat : Disertai oleh para ibu bapa dan guru
Tarik tali
Kayuh Basikal lambat
Tarik Upeh
Kukur kelapa
Mewarna
12.30 – 1.30 pm
Majlis penutup
Penyampaian Hadiah Sukan Rakyat
Cabutan Hadiah Ceriathon.
( Penyampaian hadiah disambung ke hari Isnin 28 September 2013)
9.00 – 2.30 pm
Gerai jualan dan permainan disediakan.
(rujuk lampiran)
8.30 – 10.30 pm
Aktiviti mencerap bulan bintang dan roket air di bawah Panitia Sains dan Kelab Sains Dan Matematik.
2.30 – 4.30 pm
Pengiraan kupon dan bayaran wang kepada pemilik gerai.











Seramai hampir 200 orang murid telah terlibat mewakili sekolah dengan menyertai pelbagai acara di dalam  pertandingan ko akademik acara sukan / permaianan, kelab / persatuan dan badan beruniform, peringkat daerah , negeri , kebangsaan malah hingga ke peringkat antarabangsa,

2 orang murid telah dipilih oleh panel pemilihan yang terdiri dari pihak pentadbir dan guru-guru Sek Keb Bertam Indah.





Tahniah kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Kemuncak Apresiasi Kokurikulum dan Ceriathon PIBG 2013.

Oleh : Anisah Ibrahim

Friday, January 17, 2014

Pengemaskinian Fail Koko

Thursday, January 16, 2014

Merentas Kecemerlangan, Mencipta Kegemilangan

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Akitiviti ini merupakan suatu manifesto yang harus ditunaikan guru dan dijalankan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya diakui sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga kecemerlangan diri serta sahsiah murid-murid.

Menyusuri kalendar 2013 lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak SK Bertam Indah untuk menjana kecemerlangan murid dalam bidang kokurikulum. Sekurang-kurangnya terdapat 6 unit beruniform, 20 kelab dan persatuan serta 11 kelab sukan dan permainan yang boleh diceburi murid. Aktiviti yang dijalankan pula merentasi kepelbagaian bidang mengikut kesesuaian dan lokaliti serta kemudahan infrastruktur yang ditawarkan sekolah atau institusi-institusi berhampiran dengannya.

Bertepatan dengan gelaran yang disandang sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada akhir 2012, hasrat untuk SKBI cemerlang di bidang kokurikulum dapat disaksikan daripada penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat sekolah mahupun di luar. Melalui peruntukan yang disalurkan di bidang kokurikulum untuk digerakkan ke dalam program-program sokongan SBT, ia  telah digunakan dengan sebaiknya menerusi program dalam negara juga luar negara.

Justeru, hadiah ataupun ganjaran yang diperolehi sekolah daripada pemberian ini dapat dilihat daripada beberapa siri kejayaan yang dilakar murid sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Pemenang 4 Pingat Gangsa dalam Kejohanan Taekwando di Yogyakarta.

2. Johan dan Tempat ke-3 dalam Pertandingan Sudoku serta Johan Scrabble dalam Pertandingan Sudoku dan Scrabble di negara Brunei Darussalam.

3. Pemenang Naib Juara dalam acara Bercerita Kisah-kisah Teladan Berbahasa Arab anjuran SK Mindent Height yang disertai peserta dalam negara dan luar seperti Thailand dan Indonesia. Peserta sekolah merupakan murid yang menyertai Kem Bina Juara B. Arab 2013.

4. Pemenang Pingat Perak dalam acara berkumpulan perempuan dalam Kejohanan Boling Tenpin Peringkat Negeri 2013. Kesemua pesertanya adalah murid-murid yang mengikuti program latihan boling selama hampir 6 bulan di bawah program YES-BOS 2013.

Konklusinya, kalah atau menang, berjaya ataupun tidak bukanlah nawaitu utama yang harus dikejar. Kecemerlangan kokurikulum sebenarnya bermula daripada asas dan niat murni ataupun rentak hati yang dipasang pada awal penyertaan seteruskan kekal berkobar-kobar untuk merentas kecemerlangan demi mencipta kegemilangan.

Oleh : Rasyiddin Mohd

UNIT KOKURIKULUM SUKAN PERMAINAN 2014

 UNIT KOKURIKULUM / SUKAN PERMAINAN / SKBI 2014
EN.MIOR DARUL RIDZUAN B KAMARUN ZAMAN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN.SUKARTI BT TASRID
PENYELARAS SUKAN

 


PN.HASNIDAH
PENAISHAT MEMANAH


PN.RODZIAH
PENASIHAT LAWNBALLS
PN.SHARIHAH
PENASIHAT SOFTBALL


EN,SHAHIR
PENASIHAT HOKI


EN.ZAMZURI
PENASIHAT SEPAK TAKRAW

PN.SYARIFAH RABIATUL ADAWIYAH
PENASIHAT BADMINTON

EN.RASYIDDIN
PENASIHAT BOLING TENPIN

EN.MOHD SABRI
PENASIHAT BOLA SEPAK

PN.RABAAH
PENASIHAT BOLA JARING



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons