Wednesday, August 23, 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT SK BERTAM INDAH, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2017

Pelancaran bulan kemerdekaan dan kibarkan Jalur Gemilang peringkat SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi diadakan pada tanggal 23 Ogos 2017. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal dan melibatkan kerjasama dengan beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Khas dan Biro Tatanegara.

Program ini dimulakan dengan nyanyikan lagu-lagu patriotik dan disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Sabri bin Hanif. Ucapan aluan disampaikan oleh En. Norazrin bin Abdul Razak, Penolong Kanan Kokurikulum SKBI. Agenda berikutnya pula ialah ucapan perasmian dan pelancaran gimik perasmian oleh YB Dato’ Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal.

Beberapa persembahan dibawah seliaan Pn. Maslinda bt Mat Isa dan Pn Shumaimah bt Abdul Aziz juga telah disusun untuk program kali ini.

Pengisian akhir program ini adalah sesi ceramah kemerdekaan dan kuiz kemerdekaan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang.

Turut hadir pada program ini adalah Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas iaitu, Pn. Nurul Haida bt Mohamad, En. Azman bin Hj Hassan, En. Afif bin Osman dan beberapa orang pegawai lain.
Warga SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi merakumkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program pada kali ini.









































0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons