Sunday, August 14, 2016

Kalam Jama'ie 2016

Pasukan Kalam Jama'ie SKBI telah menyertai Pertandingan Kalam Jama'ie Sekolah-sekolah KPM
Peringkat Kebangsaan 2016 bermula pada 12 hingga 14 Ogos 2016 bertempat di Universiti Malaysia Pahang. Selama 3 hari 2 malam, majlis yang menghimpunkan sebanyak 16 buah kontinjen dari seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan itu berlangsung dalam suasana yang penuh gemilang. Program yang diadakan saban tahun sejak 2012 kecuali pada 2015 ini telah diserikan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang menyaksikan dua orang murid SKBI terpilih berada di atas pentas utama mengalunkan surah-surah khatam di hadapan para hadirin termasuk YAB Menteri Besar Pahang dan VVIP yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons