Monday, October 12, 2015

Kem #Sehati Sejiwa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Unit Ko-Kurikulum SK Bertam Indah akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan yang akan menyaksikan penglibatan  para pelajar dari Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seluruh Malaysia. Kem Sehati Sejiwa akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh    : 9 Oktober - 11 Oktober 2015
Hari        : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat   : Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Penyertaan : Terbuka kepada murid-murid  tahun 6 Sekolah Berprestasi Tinggi, Malaysia

Pendaftaran dibuka kepada semua murid tahun 6 Sekolah Berprestasi Tinggi. Seorang guru dan 4 orang murid. Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang yang telah dihantar ke email sekolah masing-masing. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi SK Bertam Indah di talian berikut
04-5791379.

Semoga Kem Sehati Sejiwa ini menjadi pemangkin semangat dan membina motivasi untuk murid-murid terus bergiat aktif dalam Unit Beruniform serta menjalin ukhwah di antara sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seluruh Malaysia.


















0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons