Monday, October 19, 2015

Karnival ETOS Matematik & Taekwondo Peringkat Kebangsaan 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selesai sudah Karnival Etos Matematik & Taekwondo Peringkat Kebangsaan 2015
Bertempat di SK Bertam Indah dan Dewan Komuniti Taman Bertam Indah
Tarikh :17 Oktober 2015
Jam : 7.30 am - 6.30 pm

Terima Kasih kepada seluruh Warga SKBI
Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Terima Kasih juga kepada semua sekolah SBT dan sekolah harian tidak kira yang jauh di selatan atau di Utara Semenanjung yang telah melibatkan diri menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh SKBI 
Segala kelemahan dan kekurangan atau terlepas pandang harap dimaafi. 
TAHNIAH kepada semua peserta yang berjaya memenangi PINGAT
Kepada peserta yang Gagal, Tingkatkan usaha anda dan  Jangan berputus asa. 
InsyAllah Ada rezeki kita berjumpa lagi.




Antara barisan Guru2 SKBI yang menjayakan Karnival Etos 2015
Guru SKBI bersama Para Fasilitator Kem Matematik Dari USM
Terima Kasih Daun Keladi

Para Guru Penasihat Kelab Taekwondo SKBI


Persiapan tempat pertandingan Taekwondo di Dwan Komuniti Taman Bertam Indah

Taklimat daripada Sir Sabib berkaitan tatacara pertandingan










Monday, October 12, 2015

Kem #Sehati Sejiwa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Unit Ko-Kurikulum SK Bertam Indah akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan yang akan menyaksikan penglibatan  para pelajar dari Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seluruh Malaysia. Kem Sehati Sejiwa akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh    : 9 Oktober - 11 Oktober 2015
Hari        : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat   : Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Penyertaan : Terbuka kepada murid-murid  tahun 6 Sekolah Berprestasi Tinggi, Malaysia

Pendaftaran dibuka kepada semua murid tahun 6 Sekolah Berprestasi Tinggi. Seorang guru dan 4 orang murid. Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang yang telah dihantar ke email sekolah masing-masing. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi SK Bertam Indah di talian berikut
04-5791379.

Semoga Kem Sehati Sejiwa ini menjadi pemangkin semangat dan membina motivasi untuk murid-murid terus bergiat aktif dalam Unit Beruniform serta menjalin ukhwah di antara sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seluruh Malaysia.


















Thursday, October 1, 2015

Go Green Sharpener .... Go Kelab Rekacipta

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2015 menyaksikan Kelab Rekacipta di bawah bimbingan Cikgu Mior Darul Ridzuan GPKKK dan Guru Penasihat Kelab Cikgu Mimi Arliza Hanim telah berjaya mencipta alat yang boleh digunakan untuk mengasah pensel. Di rekacipta dengan menggunakan botol air yang telah digunakan maka terhasillah alat pengasah pensel yang mesra alam. Pengasah pensel ini juga mudah untuk di bawa kemana sahaja kerana ia kecil dan comel.






Go Green Sharpener

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons