Wednesday, December 17, 2014

NASYID LELAKI 2014


Pasukan nasyid SKBI (lelaki) hari ini berjaya mendapat tempat antara 5 terbaik dalam Festival Nasyid Saringan Peringkat Negeri P. Pinang 2014. Pertandingan yang berlangsung di sekolah PPD Daerah Timur Laut itu telah disertai hampir 20 buah pasukan dari seluruh sekolah rendah negeri P. Pinang.

Format yang dijalankan dalam saringan ini adalah kesemua pasukan haruslah mempersembahkan dua buah lagu iaitu lagu tradisi (wajib) dan lagu kontemporari. Di akhir pertandingan hanya 5 pasukan sahaja yang layak terpilih untuk bertanding semula di peringkat negeri pada 2015 nanti dan johan akan mewakili P. Pinang dalam Festival Nasyid Kebangsaan 2015.

Pasukan SKBI seramai 9 orang telah diketuai oleh adik Muhammad Ammar Mukhlis bin Zamzuri dari kelas 4 Mutiara.




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons