Wednesday, March 11, 2015

KALAM JAMA'IE & NASYID DAERAH UTARA 2015

Tahniah diucapkan buat semua ahli pasukan Kalam Jama'ie SK Bertam Indah yang berjaya mendapat tempat pertama dalam Kalam Jama'ie di Mahrajan Sanawi Sekolah-sekolah (MASSAS) KPM Peringkat Daerah Utara 2015. Dengan tema "Al-'Ilmu Nur" (Ilmu itu cahaya) pasukan ini berjaya menewaskan 15 buah pasukan dari sekolah lain. Pasukan yang diwakili oleh murid-murid tahun 4 dan 5 seramai 25 orang ahli ini dipimpin oleh adik.

Dalam pada itu, pasukan nasyid sekolah (perempuan) juga turut mengharumkan nama SKBI apabila muncul buat julung kalinya sebagai Johan Daerah Utara. Dibarisi 9 orang murid, mereka berjaya menarik perhatian hakim untuk bergelar sebagai juara dengan mempertaruhkan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Penyuluh Alam" ciptaan Ustaz Zamzuri bin Hj. Daud dan "Jibrail Pembawa Amanat" oleh Kumpulan MANIS.

Insya Allah pada minggu hadapan kedua-dua pasukan ini akan bertanding pula di peringkat negeri yang bakal diadakan di SK Balik Pulau.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons