Saturday, April 4, 2015

KALAM JAMA'IE & NASYID PERINGKAT NEGERI 2015


Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat pasukan Kalam Jama'ie (KJ) dan Nasyid (perempuan) SKBI kerana berjaya membawa pulang piala dalam Mahrajan Sanawi Sekolah-sekolah (MASSAS) KPM Peringkat Negeri P. Pinang 2015. Bertempat di SK Balik Pulau, pasukan Kalam Jama'ie berjaya meraih gelaran Johan manakala pasukan nasyid yang mendendangkan 2 buah lagu ciptaan Ustaz Zamzuri b. Hj. Daud dan Kumpulan MANIS di SMK Balik Pulau pula mendapat Naib Johan.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama SKBI menghantar pasukan perempuan dalam acara KJ kerana sebelum ini pasukan sekolah hanya dibarisi oleh murid lelaki. Bagaimanapun ini adalah kali ke-5 SKBI bergelar johan iaitu pada 2006, 2007, 2010, 2012 dan 2015. Pada tahun ini, SKBI akan mewakili P. Pinang buat kali ke-2 dalam Pertandingan Kalam Jama'ie Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di negeri Pahang.

Segulung ucapan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Kepada guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru BI, guru-guru kelas dan pusingan juga para pentadbir diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama, bantuan dan sokongan yang diberikan. Semoga SKBI terus berjaya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons