Saturday, February 7, 2015

FESTIVAL NASYID 2015


Bertempat di SMKA AL-Mashoor (P), pasukan nasyid (lelaki) SKBI telah berjaya membawa pulang piala gangsa apabila muncul di tempat ke-3 dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri P. Pinang 2015 hari ini. Dengan gandingan 9 orang murid yang diketuai oleh adik Muhammad Ammar Mukhlis b. Zamzuri, pasukan ini telah memulakan persembahan di undian pertama dengan mendendangkan 2 buah lagu tradisi dan kontemporari taruhan Ustaz Zamzuri bin Hj. Daud dan Kumpulan MANIS.

Menurut seorang guru pengiring merangkap jurulatih sambilan iaitu Pn. Normah, penampilan pasukan SKBI tahun ini jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, persembahan mereka memuaskan, namun rezeki untuk mendapat tempat yang lebih baik belum ditakdirkan. Apapun tahniah kepada semua!!!

Para hakim sedang menjalankan tugas.

Pn. Noduriah dan Pn. Normah turut hadir memberi sokongan.

Kelihatan peserta SKBI menunggu di belakang pentas.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons