Monday, March 30, 2015

PERTANDINGAN CHESS DI SA AL ISLAHIYYAH, PERLIS INDERA KAYANGAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

28 Mac 2015, SK Bertam Indah menerima jemputan SAIR untuk menyertai Pertandingan Chess dengan menghantar 6 orang permain Chess yang terbaik daripada kalangan ahli Kelab Catur Sekolah. Peserta Chess dengan diiringi oleh Ustaz Aswad selaku Guru Penasihat dan Jurulatih Chess telah berkampung dari pagi hingga ke petang di SAIR.

Peserta Catur SK Bertam Indah
Tahniah Divya..Berjaya membawa pulang pingat untuk SK Bertam Indah


















Wednesday, March 11, 2015

KALAM JAMA'IE & NASYID DAERAH UTARA 2015

Tahniah diucapkan buat semua ahli pasukan Kalam Jama'ie SK Bertam Indah yang berjaya mendapat tempat pertama dalam Kalam Jama'ie di Mahrajan Sanawi Sekolah-sekolah (MASSAS) KPM Peringkat Daerah Utara 2015. Dengan tema "Al-'Ilmu Nur" (Ilmu itu cahaya) pasukan ini berjaya menewaskan 15 buah pasukan dari sekolah lain. Pasukan yang diwakili oleh murid-murid tahun 4 dan 5 seramai 25 orang ahli ini dipimpin oleh adik.

Dalam pada itu, pasukan nasyid sekolah (perempuan) juga turut mengharumkan nama SKBI apabila muncul buat julung kalinya sebagai Johan Daerah Utara. Dibarisi 9 orang murid, mereka berjaya menarik perhatian hakim untuk bergelar sebagai juara dengan mempertaruhkan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Penyuluh Alam" ciptaan Ustaz Zamzuri bin Hj. Daud dan "Jibrail Pembawa Amanat" oleh Kumpulan MANIS.

Insya Allah pada minggu hadapan kedua-dua pasukan ini akan bertanding pula di peringkat negeri yang bakal diadakan di SK Balik Pulau.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons