Tuesday, February 10, 2015

Taekwondo Bersama Jurulatih Korea / Latihan Dalam Perkhidmatan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Bertepatan dengan Taekwondo sebagai Etos SKBI, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk semua guru SKBI telah berlangsung pada hari Isnin 9 Februari 2015 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBI. 5 orang Jurulatih dari Korea di terbangkan khas....

Ustaz Zamzuri penuh bersemangat

PK1 En.Kamal 

Cikgu Zarina yang tekun

Sedia....

Hait...hait...hait

Cikgu Zurida













Saturday, February 7, 2015

FESTIVAL NASYID 2015


Bertempat di SMKA AL-Mashoor (P), pasukan nasyid (lelaki) SKBI telah berjaya membawa pulang piala gangsa apabila muncul di tempat ke-3 dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri P. Pinang 2015 hari ini. Dengan gandingan 9 orang murid yang diketuai oleh adik Muhammad Ammar Mukhlis b. Zamzuri, pasukan ini telah memulakan persembahan di undian pertama dengan mendendangkan 2 buah lagu tradisi dan kontemporari taruhan Ustaz Zamzuri bin Hj. Daud dan Kumpulan MANIS.

Menurut seorang guru pengiring merangkap jurulatih sambilan iaitu Pn. Normah, penampilan pasukan SKBI tahun ini jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, persembahan mereka memuaskan, namun rezeki untuk mendapat tempat yang lebih baik belum ditakdirkan. Apapun tahniah kepada semua!!!

Para hakim sedang menjalankan tugas.

Pn. Noduriah dan Pn. Normah turut hadir memberi sokongan.

Kelihatan peserta SKBI menunggu di belakang pentas.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons