Tuesday, November 4, 2014

Rentetan Karnival KoKuRiKuLuM dan 1Murid 1Sukan....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Tanggal 1 November 2014, SK Bertam Indah menjadi alternatif utama untuk para ibu bapa dan murid menghabis cuti hujung minggu mereka.


Pelbagai acara menarik dan aktiviti yang berfaedah serta menyeronokkan telah disediakan. Seawal hari Jumaat persiapan rapi telah dibuat bagi  memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.





Ain N The Team
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik seawal jam 8.00 pg. Selepas acara senamrobik yang dikendalikan oleh kumpulan Ain N The Team, program RIMUP mengambil tempat untuk meneruskan aktiviti yang disediakan. SK Bertam Indah bersama dengan 2 buah sekolah dari SK Hashim Awang dan SK Permatang Bertam bekerjasama erat dalam menjayakan Program RIMUP. Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah permainan tradisional dan belon berdiri.

Acara di atas padang diteruskan dengan pertandingan Futsal 8 Tahun Kebawah. Kelincahan para permain yang masih muda dan comel di padang berjaya menarik minat penonton untuk terus menyaksikan perlawanan Futsal antara SKBI dengan sekolah-sekolah di dalam daerah Seberang Perai Utara.





Aksi lincah peserta Futsal 8 tahun kebawah

Turut berlangsung di dataran tempat letak kereta ialah hampir 20 gerai yang menjual pelbagai jenis menu kesukaan rakyat Malaysia.... nasi lemak, nasi goreng, laksa, bihun, mee, nasi lemak, kebab, apom balik, roti pizza, burger, kentang pusing dan pelbagai jenis air minuman turut dijual bagi memenuhi selera para ibu bapa dan pengunjung yang hadir. Barang keperluan harian juga turut dijual.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Adun Bertam Tn.Hj.Shariful Azhar bin Othman  selaku YDP  PIBG.



Adun Bertam YB Tn.Hj Shariful Azhar Bin Othman


Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk bermain dan mencuba pelbagai mainan menarik yang telah disediakan. Istana belon menjadi tumpuan kanak-kanak kecil yang aktif untuk  merasai keriangan bermain bersama-sama.

Menaiki bot di SKBI...jangan terkejut kerana impian menjadi reality di sini.

Ketakutan di dalam rumah hantuuuuuuu....jangan lari kerana ada sedang diperhatikan,,,

Lelah bermain... boleh berhenti sebentar menonton wayang di bilik Muzik. Begitu juga jika ingin berkaraoke....semuanya ada di Karnival Kokurikulum di SKBI.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang menunggang pocket bike  dan menaiki yoyo car.

Kehadiran badut juga turut menjadi tumpuan pengunjung dari kalangan kanak-kanak.

Karnival Kokurikulum dan 1Murid 1Sukan 2014 melabuhkan tirai tepat jam 1.00 ptg.

Terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua ibu bapa, murid-murid SKBI dan para pengunjung yang menghadirkan diri ke Karnival Kokurikulum dan 1Murid 1Sukan. Tanpa anda semua pastinya majlis tidak semeriah yang dirancang. Semoga terus memberi sokongan yang padu dan bertemu lagi pada tahun hadapan.

Kepada semua warga SK Bertam Indah....Tahniah dan Terima Kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha, semangat dan kerjasama yang tidak berbelah bagi ini. Ucapan khas untuk DJ bertugas...sesungguhnya celoteh anda semua berjaya menghidupkan majlis.

Terima Kasih semua......















Karnival Kokurikulum menjadi medan REUNIONS buat EX-SKBI


Terima Kasih Semua kerana sudi memeriahkan Majlis....


Jumpa lagi tahun hadapan......





















0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons