Thursday, November 20, 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN......jOM mAIN sOFTBALL

LDP....SOFTBALL

Jom  Main Softball

Tenaga Pengajar
En.Ismail Bin Awang (Guru Besar SK Bertam Indah)
Turut dibantu oleh guru dan anak murid dari SK Pasir Gebu dan SK Taman Senangan

Kami guru-guru dari SK Bertam Indah mengucapkan Terima Kasih kerana memberikan suatu pengalaman yang baru dan santai sepanjang proses LDP.









Jurulatih dari SK Taman Senangan

Cikgu Kamal (GPK1) turut berusaha keras

Cikgu Ismail (GB) selaku jurulatih Softball

Semua guru tidak terkecuali untuk turun ke padang



antara pelajar dari SK Pasir Gebu yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan softball

Gaya hebat dari Cikgu Hasnidah ( Guru Sains )



Terima Kasih Semua......

Monday, November 17, 2014

Gunung Jerai...kami tawan.

SKBI di puncak Gunung Jerai


15 November 2014......


Para peserta terdiri dari :

2 orang Jurupandu pendakian
7 orangGuru lelaki
8 orang Guru Perempuan
12 orang Murid lelaki
28 orang Murid Perempuan


Tahniah kepada semua peserta yang terlibat...ANDA MEMANG HEBAT....



Ustaz Aswad mengetuai bacaan doa Memohon perlindungan dari Yang Maha Esa sebelum memulakan pendakian

Jurupandu Gunung Jerai ( berbaju merah )





Cikgu Mior Darul Ridzuan (GPKK) pantas dalam mengawasi para peserta 

Cikgu Shumaimah dan Cikgu Hazwani yang sentiasa berada di barisan hadapan



Jom berehat setelah penat mendaki 


Tidak melepaskan peluang untuk mandi kolam


KAMI
GURU DAN MURID
SK BERTAM INDAH KEPALA BATAS
BERJAYA MENDAKI

 GUNUNG JERAI

*******


TAHNIAH SEMUA

Tuesday, November 4, 2014

Rentetan Karnival KoKuRiKuLuM dan 1Murid 1Sukan....

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Tanggal 1 November 2014, SK Bertam Indah menjadi alternatif utama untuk para ibu bapa dan murid menghabis cuti hujung minggu mereka.


Pelbagai acara menarik dan aktiviti yang berfaedah serta menyeronokkan telah disediakan. Seawal hari Jumaat persiapan rapi telah dibuat bagi  memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.





Ain N The Team
Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik seawal jam 8.00 pg. Selepas acara senamrobik yang dikendalikan oleh kumpulan Ain N The Team, program RIMUP mengambil tempat untuk meneruskan aktiviti yang disediakan. SK Bertam Indah bersama dengan 2 buah sekolah dari SK Hashim Awang dan SK Permatang Bertam bekerjasama erat dalam menjayakan Program RIMUP. Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah permainan tradisional dan belon berdiri.

Acara di atas padang diteruskan dengan pertandingan Futsal 8 Tahun Kebawah. Kelincahan para permain yang masih muda dan comel di padang berjaya menarik minat penonton untuk terus menyaksikan perlawanan Futsal antara SKBI dengan sekolah-sekolah di dalam daerah Seberang Perai Utara.





Aksi lincah peserta Futsal 8 tahun kebawah

Turut berlangsung di dataran tempat letak kereta ialah hampir 20 gerai yang menjual pelbagai jenis menu kesukaan rakyat Malaysia.... nasi lemak, nasi goreng, laksa, bihun, mee, nasi lemak, kebab, apom balik, roti pizza, burger, kentang pusing dan pelbagai jenis air minuman turut dijual bagi memenuhi selera para ibu bapa dan pengunjung yang hadir. Barang keperluan harian juga turut dijual.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Adun Bertam Tn.Hj.Shariful Azhar bin Othman  selaku YDP  PIBG.



Adun Bertam YB Tn.Hj Shariful Azhar Bin Othman


Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk bermain dan mencuba pelbagai mainan menarik yang telah disediakan. Istana belon menjadi tumpuan kanak-kanak kecil yang aktif untuk  merasai keriangan bermain bersama-sama.

Menaiki bot di SKBI...jangan terkejut kerana impian menjadi reality di sini.

Ketakutan di dalam rumah hantuuuuuuu....jangan lari kerana ada sedang diperhatikan,,,

Lelah bermain... boleh berhenti sebentar menonton wayang di bilik Muzik. Begitu juga jika ingin berkaraoke....semuanya ada di Karnival Kokurikulum di SKBI.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang menunggang pocket bike  dan menaiki yoyo car.

Kehadiran badut juga turut menjadi tumpuan pengunjung dari kalangan kanak-kanak.

Karnival Kokurikulum dan 1Murid 1Sukan 2014 melabuhkan tirai tepat jam 1.00 ptg.

Terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua ibu bapa, murid-murid SKBI dan para pengunjung yang menghadirkan diri ke Karnival Kokurikulum dan 1Murid 1Sukan. Tanpa anda semua pastinya majlis tidak semeriah yang dirancang. Semoga terus memberi sokongan yang padu dan bertemu lagi pada tahun hadapan.

Kepada semua warga SK Bertam Indah....Tahniah dan Terima Kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha, semangat dan kerjasama yang tidak berbelah bagi ini. Ucapan khas untuk DJ bertugas...sesungguhnya celoteh anda semua berjaya menghidupkan majlis.

Terima Kasih semua......















Karnival Kokurikulum menjadi medan REUNIONS buat EX-SKBI


Terima Kasih Semua kerana sudi memeriahkan Majlis....


Jumpa lagi tahun hadapan......





















 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons