Tuesday, January 2, 2018

JADUAL INTERAKSI KOKURIKULUM SK BERTAM INDAH 2018

JADUAL INTERAKSI KOKURIKULUM 
SK BERTAM INDAH, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 
TAHUN 2018


Monday, January 1, 2018

Carta Organisasi Kokurikulum SK Bertam Indah 2018

CARTA PENGURUSAN KOKURIKULUM
SK BERTAM INDAH, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
TAHUN 2018

Wednesday, August 23, 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT SK BERTAM INDAH, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2017

Pelancaran bulan kemerdekaan dan kibarkan Jalur Gemilang peringkat SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi diadakan pada tanggal 23 Ogos 2017. Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal dan melibatkan kerjasama dengan beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Khas dan Biro Tatanegara.

Program ini dimulakan dengan nyanyikan lagu-lagu patriotik dan disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Sabri bin Hanif. Ucapan aluan disampaikan oleh En. Norazrin bin Abdul Razak, Penolong Kanan Kokurikulum SKBI. Agenda berikutnya pula ialah ucapan perasmian dan pelancaran gimik perasmian oleh YB Dato’ Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal.

Beberapa persembahan dibawah seliaan Pn. Maslinda bt Mat Isa dan Pn Shumaimah bt Abdul Aziz juga telah disusun untuk program kali ini.

Pengisian akhir program ini adalah sesi ceramah kemerdekaan dan kuiz kemerdekaan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang.

Turut hadir pada program ini adalah Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas iaitu, Pn. Nurul Haida bt Mohamad, En. Azman bin Hj Hassan, En. Afif bin Osman dan beberapa orang pegawai lain.
Warga SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi merakumkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program pada kali ini.









































Saturday, August 5, 2017

FIESTA KOKURIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

FIESTA KOKURIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017.

Tarikh : 5 Ogos 2017
Hari : Sabtu
Masa : 07.30 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat : SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi

Alhamdulillah... SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi telah menganjurkan Fiesta Kokuria Peringkat Kebangsaan 2017 dengan jayanya. 

Sekalung Tahniah buat Guru Besar SKBI, En Ismail bin Awang, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Norazrin bin Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Kamal bin Mohd Nor dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abdullah Taim bin Ahmad Shafawi dan kesungguhan tinggi Penyelaras Program, Pn Noorsiah bt Mohamed bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi dan semua juri dan hakim jemputan yang memberi komitmen yang tinggi dalam penganjuran pada kali edisi kali ini.

Akhir sekali, ucapan tahniah kepada semua peserta dan sekolah yang memenangi semua kategori yang dipertandingkan dan kepada yang tidak berjaya boleh terus mencuba pada tahun-tahun mendatang.





























 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons