Sunday, June 22, 2014

Warna Warni Kejohanan Olahraga Sukan 2014

Alhamdulillah berakhir sudah Kejohanan Olahraga Sukan Sk Bertam Indah dengan menyaksikan Rumah Biru Mengungguli Kedudukan Johan diantara rumah-rumah sukan buat kali yang ke-2.
Diikuti saingan terdekatnya rumah hijau dan Rumah Merah. Manakala nasib tidak menyebelahi Rumah Kuning dengan hanya mendapat tempat terakhir di dalam carta kedudukan rumah-rumah sukan.

Terima kasih buat semua warga Sk Bertam Indah, Perasmi Majlis, para waris yang sudi berpanas menyaksikan anak-anak beraksi serta para guru yang bertungkus lumus dalam memastikan KEJORA berjalan dengan lancar.

Majlis dimulakan dengan acara senamrobik anjuran SMK Bertam Indah bersama Kementerian Alam Sekitar. Diikuti Perasmian Hari Kejohanan serta kehadiran Paraglider memeriahkan suasana. Perbarisan dimulai dengan 4 orang murid pembawa bendera Sekolah, Lintas Hormat pasukan beruniform yang terdiri daripada  Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, PBSM, Pandu Puteri Tunas dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia . Diikuti pula dengan pasukan perbarisan dari Rumah-rumah sukan dimulai Rumah Merah bersama maskot Kumbang Merah, Rumah Kuning bersama maskot Beruang,  Rumah Hijau bersama maskot Burung dan Rumah Biru dengan maskot Obor-Obor.

Perbarisan Badan Beruniform dimenangi oleh TKRS manakala Kontigen Rumah sukan dimenangi oleh Rumah Merah.Tahniah. Walaubagaimanapun tidak dapat dipertikaikan bahawa usaha keras semua rumah untuk mempersembahkan perbarisan yang menarik berserta maskot yang bertemakan haiwan sangat menarik dan harus diberi pujian. Tahniah dan tahniah.

Acara sukan berjalan lancar dengan penuh kemeriahan dan warna warni perjalanan Kejohanan Olahraga Sukan SK Bertam Indah buat kali yang ke -12/2014.


















Friday, June 20, 2014

SELAMAT DATANG


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons