Tuesday, February 26, 2013

TAEKWONDO ANTARABANGSA BERSAMA KOREA

Latih Mesra Bersama Jurulatih Negara Korea





Tanggal 23 Februari 2013 menjadi tarikh permulaan jalinan dengan Jurulatih Korea seramai 4 orang yang terdiri daripada 2 orang jurulatih lelaki dan 2 orang jurulatih perempuan. Pelbagai aksi yang menarik serta pertunjukan skill taekwondo yang mencabar telah ditunjukkan kepada para peserta Taekwondo.






Semua Jurulatih Korea yang terlibat menunjukkan semangat yang luar biasa malah sangat  mesra dalam memberi tunjuk ajar. Di akhir persembahan  mereka mengayakan seni Taekwondo dengan berlatar belakangkan Muzik Gangnam Stail. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mengambil autograph sebagai tanda kenang-kenangan mereka bersama jurulatih Korea.





Semoga acara ini akan diteruskan pada masa yang akan datang demi menanamkan semangat dan kemahiran menguasai seni mempertahankan diri di dalam seluruh warga SK Bertam Indah khususnya dan menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.





Oleh : Anisah Ibrahim                                    












Monday, February 4, 2013

Kami Wira Wirawati Taekwondo SKBI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
dan 
Salam Sejahtera

WIRA WIRAWATI SK BERTAM INDAH

ETOS TAEKWONDO









 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons