SEKOLAH

SK Bertam Indah telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 17 Februari 2003. Dibina di atas tapak seluas 5.54 ekar dan keluasan padang 2.50 ekar. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai seramai 281 orang murid lelaki dan perempuan dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 19 orang.

Pada permulaannya, sekolah ini dinamakan SK Taman Bertam, kemudian ditukar kepada SK Bertam Indah. Pada tahun 2004, jumlah murid yang memasuki sekolah ini meningkat kepada 656 orang dengan tenaga pengajar seramai 34 orang di samping staf bukan guru seramai 2 orang. Pada tahun 2005, jumlah murid meningkat kepada 950 orang sementara tenaga pengajar pula seramai 50 orang.

Jumlah murid yang memasuki SKBI terus meningkat kepada 1032 orang pada tahun 2006, menjadikan jumlah guru yang mengajar di sekolah ini seramai 57 orang. Manakala pada tahun 2007, jumlah murid bertambah kepada 1161 orang dan jumlah guru pula seramai 62 orang.

Pada 2009, SK Bertam Indah beroperasi secara 2 sesi di mana sesi pagi menempatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 sahaja manakala di sebelah petang pula pihak sekolah menempatkan pelejar tahun 1, 2, dan 3. Jumlah pelajar pada 31 Januari 2009 adalah seramai 1282 orang. Sesi persekolahan kembali kepada satu sesi apabila SK Bertam Perdana telah beroperasi pada 2010 sepenuhnya.

Dari sudut pencapaian akademik, SK Bertam Indah terkenal dengan kecemerlangan demi kecemerlangan apabila muncul sebagai sekolah terbaik Parlimen Kepala Batas sejak tahun 2005. Paling mengembirakan semua warga apabila SK Bertam Indah dinobatkan sebagai sekolah terbaik seluruh Pulau Pinang apabila mendapat peratus terbaik dan pencapaian teramai murid 5A iaitu seramai 90 orang dalam UPSR 2011. Pencapaian ini terus melonjakkan nama SK Bertam Indah di persada pendidikan negara seterusnya membolehkan sekolah ini dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 pada penghujung 2012.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons