Tanggal 23 Februari 2013 menjadi tarikh permulaan jalinan dengan Jurulatih Korea seramai 4 orang yang terdiri daripada 2 orang jurulatih lelaki dan 2 orang jurulatih perempuan. Pelbagai aksi yang menarik serta pertunjukan skill taekwondo yang mencabar telah ditunjukkan kepada para peserta Taekwondo.
Semua Jurulatih Korea yang terlibat menunjukkan semangat yang luar biasa malah sangat mesra dalam memberi tunjuk ajar. Di akhir persembahan mereka mengayakan seni Taekwondo dengan berlatar belakangkan Muzik Gangnam Stail. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mengambil autograph sebagai tanda kenang-kenangan mereka bersama jurulatih Korea.
Semoga acara ini akan diteruskan pada masa yang akan datang demi menanamkan semangat dan kemahiran menguasai seni mempertahankan diri di dalam seluruh warga SK Bertam Indah khususnya dan menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
Oleh : Anisah Ibrahim