TARIKH : 4 - 6 OGOS 2010
HARI : JUMAAT - AHAD
Para peserta adalah terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap, PPIM, dan Kadet Remaja Sekolah. Aktiviti tahunan anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bertam Indah kali ini bertempat di D'OMLAND, Bukit kecil. Tempat yang selesa serta pelbagai aktiviti menarik telah berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kawad kaki, Kursus Pertolongan Cemas, berjalan malam di dalam kebun kelapa sawit seorang demi seorang dengan hanya berpandukan tali serta jungle trekking. Para peserta juga berpeluang merasai pengalaman flying fox yang menguji ketahanan dan kekuatan diri. Paling menyeronokkan adalah apabila para peserta di bawa mendaki bukit serta menerokai pengalaman memasak nasi di dalam buah kelapa. Para peserta juga membuat roti dan memasak di dalam tanah.
Mari kita susuri aktiviti bergambar yang pastinya menjadi kenangan manis bagi semua peserta.
flying fox |
kursus pertolongan cemas |
peserta di ajar cara merawat ketika berhadapan dengan kemalangan |
latihan kawad |
peserta berbincang untuk tugasan seterusnya |